+ Follow | ♥ Dashboard
//Intan Nabila.

//Intan Nabila
Kawan sampai mati.
Kawan sampai mati? Itulah janji saya pada kawan-kawan baik saya. Dimana ada saya, di situ lah ada kawan baik saya. Selagi nadi saya berdenyut, selagi tu lah kita bersama. 

Apa saya rasa itu yang saya update. sesuatu rasa itu mungkin apa yang dah lama saya pendamkan atau baru timbul dalam kotak pemikiran, kemudian saya pantul kan terus ke sini. maksud saya di laman blog sang cinta saya ni.

Satu ungkapan, kawan baik.

Maafkan saya, saya guna aku.

Kawan baik memang ramai yang kita ada. Memang senang kita nak cari. mesra-mesra sikit sporting-sporting sikit gelak-gelak satu kepala sikit, terus dah boleh dianggap kawan baik. Tapi apa yang aku rasa dan yang aku nak cakapkan ni lain. Bagi aku sendiri lah. Antara ramai-ramai kawan baik yang aku ada, mungkin seorang ni saja yang buat aku macam entah. Susah aku sendiri nak describe dia jenis macam mana. Mungkin aku bukan antara yang faham keadaan dia dan perasaan dia. buktinya, masa dulu..

Pada asalnya, tercipta sendiri hubungan kawan baik antara aku dengan dia. Sangat lama. bertahun-tahun kami kekalkan sampai lah pada suatu saat dulu. Aku ingat lagi waktu tu, kiranya aku dengan dia pernah berjanji untuk menjadi bff forever sampai forever after lah.

Tapi... *sedikit privasi* aku pendekkan je lah cerita ni. Masuk tahun 2011, masih lagi berkata kawan baik. Tapi seingat aku tak ada pula dia berpesan sampai bila-bila atau selamanya.

Oh aku dah faham sekarang. Dari situ aku mula musykil. Mungkin kau tak mahu aku ganggu lagi hidup kau lepas ni. Aku fikir, mesti kau dah tak percayakan aku lagi semenjak dari hari itu. Aku faham aku silap. Aku seorang manusia yang tak sempurna. 

Aku faham. barulah aku nampak. Cuma atas nama kawan baik saja kita pernah sebutkan. Tapi hakikatnya kita tak pernah lagi berhubung sejak dari waktu itu. Bagi aku itu bukanlah satu hubungan kawan baik tapi kawan yang dah tak mungkin jadi kawan baik macam dulu-dulu semasa baru kenal. Yelah aku takkan paksa kau lagi. Jangan risau...

Aku tak nak jadi pemusnah perasaan kau lagi. Lepas dari itu kita dah tak bertegur sapa lagi. Terus senyap dan menghilang. Maafkan aku. kalau itu yang kau nak, yang kau selesa, aku terima. Mungkin perit. Susah untuk aku biasakan lepas ni. Nak buat macam mana, aku kena lalui sendiri semua ni.

Aku rasa ini karma buat diri aku.

Aku mohon. Jangan tanya kenapa aku mesti bagitahu semua kisah ni. Tolong jangan tanya aku. Aku takut bila aku tak dapat bagi jawapan yang pasti. Aku tak mahu buat silap lagi. Tolong.

Wahai ungkapan kawan baik yang pernah kita janjikan dulu, kau baca lah ini. Ini yang aku suratkan untuk kau. Ikhlas dari bekas kawan baik kau. Baca dengan jiwa bukan dengan mulut semata-mata. Maafkan aku sekali lagi, kawan baik. Yang tak pasti ada forever atau tidak lepas ni...

Bila berkawan, pelbagai kerenah terpaksa kita hadapi.. Kadangkala, amat sukar sekali untuk mencari seseorang yang benar-benar jujur dan tulus dalam persahabatan. Bagi aku, seseorang sahabat tinggi nilainya. Susah-senang diharungi bersama..

Tapi kini,

Kadangkala aku sendiri terkeliru nak memilih sahabat yang macam mana.. Semuanya dirasakan bertopeng. Mengapalah nasib aku malang? Apa salah aku?Sesungguhnya, aku nak berkawan dengan semua orang. Tiada guna nak bergaduh-gaduh dan berpaling tadah.

Mengapa ramai orang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan aku? Apabila aku baik dengan seseorang, tidak semestinya orang itu perlu 'tikam' aku....

Ya Allah,
Aku amat sayangkan kawan-kawan aku..
Lindungilah aku daripada mereka-mereka yang mengkhianati aku. Aku tak sanggup nak hadapi semua itu...


Aku tak tahu kau baca ke tak nanti entri kali ni. Apa pun, semua ni memang jujur dari aku untuk kau :(
Older Post | Newer