+ Follow | ♥ Dashboard
//Intan Nabila.

//Intan Nabila
Kawan lelaki?


Haii. Apamacam blog saya? Cantik en? Simple en? *angkat kening*
Btw saya happy sangatttttt. Saya dah dapat lupakan si dia yang langsung tak faham perasaan saya. Takpelah saya faham, maybe dia malu nak minta maaf kot. Ahh nevermind lah!

Kawan lelaki ke kawan perempuan?

Okay saya pilih kawan lelaki. Mereka banyak tolong saya ketika saya kesusahan, mereka beri nasihat dekat saya. Kawan perempuan? Ahh langsung tak bagi sokongan pun dekat saya. Mereka cakap "Sabar bella sabar" Saya dah muak dah dengar perkataan tu. Kawan lelaki saya lebih memahami saya, sebab perangai saya pun macam ala ala gangster sikit. Lulz. Dekat sekolah saya rapat dengan kawan lelaki saya jugak, lepak pun saya lepak dengan kawan lelaki saya. Kawan perempuan? Waktu saya perlukan mereka, mereka hilang begitu saja. Waktu saya tak perlukan mereka, mereka ada je disisi saya. Weird -.- 

Sebab?
Sebab kawan lelaki saya lebih menyimpan rahsia saya dengan baik sekali, mereka langsung tak sebar sebarkan rahsia saya. Peribahasa "biar pecah diperut, jangan pecah dimulut" memang sesuai sangat jika lelaki yang pakai. Mengikut pengalaman saya sendiri, memberitahu rahsia kepada kawan lelaki adalah lebih selamat daripada memberitahu kepada kawan perempuan. Perempuan ni, kalau dah bergaduh sikit mulalah buka segala pekung didada dia dan kawan sekali. Kekononnya nak balas dendamlah tu tapi perjanjian RAHSIA tidak dipatuhi.

"Awak tolong simpan rahsia kita tau. Jangan kasi tahu dekat siapa - siapa, kalau tak kita putus kawan serta merta rahsia terbongkar. Meh sini kait jari kelingking."

Mereka tidak akan cuba mencuri lelaki yang anda suka.
Lelaki curi lelaki yang anda suka? What the what? Kalau ada pun berlaku sayang, itu dah kes luar biasa dan dia adalah gay. Buat apa dia nak curi kalau tiada perasaan yang sama seperti awak suka dekat lelaki tu kan? Banyaknya persoalan yang saya ajukan. Korang jawablah sendiri.

Mereka bukannya talam dua muka.
Semestinyalah dia bukannya kawan yang bermuka talam. Jarang tau kalau kita berkawan dengan lelaki, mereka muka bertalam-talam. Bayangkan kalau cerita sesuatu dan tetiba kawan lelaki kita tu buat aksi 'rolling eyes', awak rasa nak tampar dia 'on the spot' masa tu atau tidak? Mesti ragu-ragu kan? Lelaki ni kalau dah berkawan dengan wanita, dia akan baik sebaik baiknya. Jika jahat, awak terimalah nasib awak masa tu. Dia nak tegur pun taknak, apatah lagi nak berkawan. Lainlah kalau perempuan, dia masih boleh berpura-pura dan menjadi pelakon wanita terbaik dalam satu masa.

Mereka akan menjadi 'kayu' sokongan jika kamu disakiti.
"Awak, si Lily Tutt tu kacau sayalah. Dia cakap saya suka dengan Bob Tutt padahal saya mana suka dengan Bob Tutt pun. Lepas tu dia sebarkan dekat kawan-kawan lain dan mereka mula ejek saya. Saya malulah awak, saya malu."

Awww, sebagai kawan baik yang gagah lagi macho, memang dia akan tolong awak masa tu jugak. Dia mungkin akan 'face to face' dengan orang yang berani-berani kacau/sakitkan awak pada masa itu tanpa perlu tunggu konco-konco taik kucing. Kalau kawan perempuan, mesti mereka akan kecoh dulu ramai-ramai lepastu tak berani nak serang sorang-sorang. ( Amalan tumbuk menumbuk dan gejala samseng adalah dilarang sama sekali ) Lol.

Kawan baik lelaki adalah paling baik kerana mereka akan tanpa segan silu kasi pinjam baju sejuk ( sweatshirt ) mereka jika kita dalam kesejukan. Ini bukan bermaksud dia buka baju dan korang terus berpeluk, bukan. Bukan itu yang saya maksudkan. Korang jangan nak fikir jauh sangat.

DAN mereka mungkin jatuh cinta kepada anda!

Haaaaaa, yang inilah yang perempuan dan lelaki cuba elakkan dalam satu hubungan bernama SAHABAT BAIK. "Disini telah datang, sayang paling dalam........" petikan lirik Kejoraku Bersatu dendangan Search. Mustahil jika lelaki dan perempuan sudah menjadi kawan baik, salah seorang takda perasaan lebih dari kawan. Mustahil okay. Kalau tak lelaki ada perasaan macam tu, perempuan pula yang ada.

Tapi jangan risau, kalau dah bukan jodoh korang untuk berkasih-kasihan, tak akan jadi masalah pun untuk bersahabatkan. Ramai je perempuan dan lelaki jadi kawan baik dan diorang kekal sampai sekarang. Bernasib baik sangat kalau kawan baik tu jadi laki dan korang masih lagi seperti kawan baik masa sebelum nikah. So sweet kencing manis potong kaki kalau bayangkan. Gatal.

Betul tak yang perempuan lebih suka berkawan baik dengan lelaki daripada berkawan dengan perempuan? Kesimpulannya, ini terpulang kepada anda sendiri. Ada yang selesa, ada yang tak selesa. Janji kita jaga batas diantara lelaki dan perempuan je. No touching touching uols.



Older Post | Newer