+ Follow | ♥ Dashboard
//Intan Nabila.

//Intan Nabila
Tips-tips memikat perempuan.


Hai.
Dah lama aku tak update blog kan. Ok jom kita mula kan dengan Bismillah.

Manusia ada bermacam-macam perangai. Biasalah kehidupan kalau tak macam ni, tak meriahlah dunia ni. Lol haha. Tapi kalau dah taktahu tu, janganlah berlagak pandai. Kan ada mulut tu. Gunalah. Tanya..... Kalau tak faham ke, taktahu ke or keliru ke. Ni tak diam je dan berlagak macam.... Err.

Hidup memerlukan kita mengetahui banyak perkara. Dunia serba moden ini memerlukan kita tahu semua perkara. Tapi, kita tidak mampu untuk mengetahui segalanya. Pengetahuan yang kita miliki sebenarnya masih sangat sedikit. Mengetahui semua perkara melambangkan bahawa kita tidak memerlukan pertolongan dari sesiapun. Kita tidak perlu jawapan apa-apa dari mana-mana sumber sekalipun kerana kita sudah tahu segalanya. Begitukah kita? Tak mungkin ada seorang pun di dunia ini yang tahu segala hal tetapi banyak orang yang berpura-pura tahu semua perkara.

Janganlah berlagak pandai. Ia akan memakan diri anda. Anda tidak tahu, siapa dikalangan anda yang lebih pandai dari anda. Mungkin saja anda menyangka anda berjaya dengan sedikit kejayaan anda, tetapi ada orang yang lebih berjaya di dunia ini yang sentiasa mencari pengetahuan baru dan berlagak tidak tahu apa-apa sedangkan mereka sedang belajar untuk lebih berjaya. Ia bukanlah sesuatu yang hina untuk mengakui yang anda tidak tahu banyak perkara kerana anda akan mendapat lebih banyak ilmu baru. Tetapi jika anda berlagak pandai, anda tidak akan tahu yang sebenarnya masih banyak yang anda perlu pelajari. Mungkin saja, orang yang boleh memberi jawapan kepada anda pun tidak mahu membantu anda sekiranya anda terlalu berlagak tahu atau berlagak pandai.

---------------------------------------------------------------------------------------------

6 Cara Memikat Perempuan :) 

1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, korang perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, korang memang terkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin korang sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kau. Bukan apa perempuan sebenarnya kan cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya korang biarkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf korangu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling korang, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang korang tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa korang benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun korang perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat korang sendiri, apakah korang benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaja? Jika benar hasrat korang ikhlas dan jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat korang untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun korang suka? gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuan juga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan (Y)

3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu korang lakukan di sini ialah kalau korang benar-benar serious dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya korang memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perempuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan korang terkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun korang tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingin menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awal perkenalan korang hanya mengikut sahaja rentak teman wanita korang, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia korang juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin korang ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting korang jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpulang pada korang sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya korang berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah korang juga boleh kehilangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat korang hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama korang terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan korang tadi untuk berjimat atau korang memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlah ada batasannya. Bukan apa, ini semua untuk kebaikan korang juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

- Ok kita stop sampai sini je ya. Ayat saya skema kan? ok sebenarnya azam saya tahun ni saya tak nak guna bahasa rojak or pasar dah sebab saya nak lulus PMR 2012 saya tu, InsyaAllah. Ok bye, Assalamualaikum 




You Are My Best Friend 

Older Post | Newer