+ Follow | ♥ Dashboard
//Intan Nabila.

//Intan Nabila
Selamat Hari Bapa :'(
* Itulah muka ayah aku :')


Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.

ya, pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan, betapa besarnya pengorbanan 

ayah, tanpa ayah tiada mana di dunia.

airmata mengalir lagi, tak dapat dibendung.

ayah,
adik terlalu merinduimu, bilakah kita dapat bersua.

ayah,
adik sayangkan ayah, Kenapa kita dipisahkan?
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain, terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah.

ayah,
diri ini ingin mengucup pipimu, mengucup dahimu.
diri ini bersama meluangkan masa denganmu.
tapi,
apakan daya, jarak memisahkan kita.

ayah,
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu.. rindukan belaianmu. kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu.
ayah. adik Amat menyayangi mu!

KITAORANG AMAT MERINDUI AYAH :'( 
 Abir Abhar 



Ni Notes Abng Aku.

Erm... sebelum ni aku tak pernah nak kongsi cerita ni ngan sape-sape... sebab aku rasa tak siapa perlu tahu...
tapi, aku nak kongsikan sebagai satu peringatan kepada semua...
bacalah kalau nak... tak paksa


Tarikh 22/2 memang cantik...
tarikh ni aku akan ingat sampai bila-bila..
pada tahun ini, tarikh ni jatuh pada hari Majlis Perasmian Karnival IRC+ Talk Sheikh Muszaphar...
Memang aku busy sangat hari tu..
sampai aku terlupa yang hari tu merupakan hari yang tak patut aku lupa...

7 tahun dulu,
pada tarikh yang sama, mengubah banyak benda..
semua nya berubah...
aku ingat lagi,
sehari sebelum tarikh tu, aku berdegil sangat nak pergi Kem Pengawas Sekolah..
padahal aku tahu yang masa tu aku patut duduk rumah je..
Saudara-mara aku semua dah berhimpun kat rumah aku...
tapi aku tak degil..
aku tinggalkan jugak rumah...
malam tu, ayah aku dah semakin nazak...
badan dah sangat kurus..
adik-adik aku pun tak kenal lagi ayah aku..
kurus sangat..
malam 20/2 tu aku sempat jaga ayah...
tapi aku sedih sangat...
sebab malam tu mak aku suruh aku cuci najis ayah aku...
tapi aku buat muka 'Geli'...
yela.. time tu depan cousin semua... otak tak matang lagi..
dan aku cakap 'Eeeee'...
dan paling aku terkejut...
ayah aku yang tak mampu nak bercakap apa-apa,
tiba-tiba cakap sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila...
"Itupun nak geli ke? Tak payah"
dan itu merupakan ayat terakhir ayah kepada aku...

esoknya 21/2, pagi-pagi aku ke kem pengwas di sekolah...
yalah, aku ada jwatan.. kena lah pergi..
tapi pagi tu, ayah aku dah terbaring lemah da..
nafas dia kuat..
dada turun naik..
mak aku call ambulans...
tapi aku tetap ke sekolah..
even pak cik and mak cik aku cakap, tak payahla pegi..
tapi aku degil
bodohkan aku?

hari tu, sewaktu di kem pengawas kat sekolah tu,
aku sangat tak tenang...
rasa bodoh..
aku nangis sorang-sorang...
sampai la pada waktu senja tu, cikgu pengwas panggil aku...
dan uncle aku ada dengan dia...
pak cik aku suruh aku packing beg..
dan terus bwk aku ke hospital...
adik-adik aku ada dalam kereta tu...
semua senyap..
senyap..
senyap..

Malam tu, kami sampai lewat di hospital...
pada aku hospital Selayang tu dah jadi rumah kedua aku sekeluarga untuk 2 tahun lamanya..
semua nurse kat situ dah kenal aku...
aku pun dah hafal setiap ceruk bilik kat hospital tu...
sebab tu aku xde perasaan dah bila ke hospital...
tapi malam tu lain sket..
lain sangat-sangat....

tirai katil ayah aku ditarik..
dan hanya beberapa org je boleh masuk tengok...
dan semua time tu tengah baca Quran n Yassin...
mak aku ada sebelah ayah,..
tenang je..
tapi, masa tu, alat pernafasan ayah menunjukkan ayah sangat susah nak bernafas..
dada turun naik.. erm.. takut sangat time tu..
tiba-tiba, makcik aku suruh aku, bisik kat telinga ayah aku...
cakap apa je... sebab tu mungkin ayat terakhir yang aku dapat cakap kat ayah..
aku mintak maaf..
aku cakap aku sayang ayah..
and aku cium dahi n pipi ayah...
aku peluk dia sambil tak sedar pun aku menangis...
time tu aku tak pikir apa pun..
aku tak kisah dah orang lain...
adik-adik aku pun buat benda yang sama...
cuma adik aku yang kecik tu tak faham ape2...
tapi dialah yang paling rapat dgn ayah...
time aku dgn kakak dia ke sekolah, adik aku plg kecik tu la jaga ayah..
kecik2 lagi dah pandai masak sup..
kecik2 lagi dah pandai bagi ayah makan ubat...
kecik-kecik lagi dah takde ayah...
;-(

malam tu, kami semua disuruh balik rumah..
pak cik aku cakpa, pagi2 esok datang la balik..
kami pun pulang...
dan malam tu terus tidur sebab penat sangat..
mak aku stay kat hospital..
sian mak aku..
air mata dah kering dah..
dah tak mampu nak menagis...
tapi aku tau, mak aku cukup kuat...
sangat kuat...

pagi esok, pagi2 aku dah bangun...
siap tolong sorg mak cik aku tu masak nasi goreng lagi for breakfast...
tapi kami lambat ke hospital..
pukul 10.30 baru nak keluar rumah...
faham-faham lah, semua nak berebut bilik air...
dalam perjalanan, kitorang gurau-gurau..
adik aku main sep sep tom tom...
aku lak, baca magazine...
aku tengok luar tingkap kereta..
langit gelap je.. awan pun mendung..
masih aku ingat, time tu kereta kami dekat hadapan batu Caves...
dah dekat sangat dgn Hospital Selayang tu..
tiba-tiba, mak aku call kakak sedara aku yg duduk kat seat depan..
semua senyap tiba-tiba...
kakak tu cakap pendek je, "pak cik, bawak laju sket, dah xe"
aku mula-mula tak faham...
tapi lepas tu baru aku faham...
air mata aku mengalir...
aku peluk adik aku...
tapi dorg tak faham.. dorang tak tau...

sampai2 je hospital, ramai betul sambut kitorang..
ada pakcik tu jerit "ni anak dia,, bagi laluan"...
macam artis lak rasa..

pastu sampaila ke wad ayah..
memang ramai betul orang.. ramai sangatttt..
ada yang menangis, ada yang baca yasin..
ada yang tiba2 je peluk adik aku...
pelik betul..

pastu kitorang tengok kat katil tu...
muka ayah dah tutup dengan selimut..
takde lagi dah bunyi tit tit tit bunyi mesin kesan nadi tu...
mak aku peluk kami semua...
cakap ayah dah takde...
ye..
pagi tu pukul 11.20 pagi 22/2/2003, ayah pergi tinggalkan kami..

ye ayah dah takde..
time tu aku baru form 2, adik aku sorg tadika, sorg ag darjah 3..
kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim..
baru aku tau, selama ni macam mana perasaan org takde ayah atau ibu..
masa tu baru aku tau betapa sayangnya aku kat ayah..
sebelum ni, aku selalu melawan cakap ayah..
dia suruh belikan rokok, aku lawan.. aku takmau..
dia suruh semayang, aku lawan...
memang teruk sangat aku ni..

kepada kawan-kwan, sayangilah ibu bapa korg..
jangan sampai nanti dah xde, baru nak menyesal..
macam apa yang aku rasa sampai sekarangni..
seburuk-buruk mana ibu bapa kita, dorg tetap insan yang kita ptut hormat...
sekarang ni, aku jeles tengok bila balik UTP, ada ayah hantar anak-anak dia...
bila dapat result ke, ayah akan berleter ke.. aku ni, result PMR aku pun ayah aku tak sempat nak tengok....
macam nak balik kampung ke, jeles je tengok orang lain, ada ayah yang drive.. aku ni, lepas habis je SPM dah kena jadi macam ketua keluarga dah..
kena hantar adik ke sekolah, bayar yuran dorang, jaga rumah... macam-macam lah..

sempena genap 7 tahun ayah aku meninggalkan dunia ni, tolong sedekahkan al-fatihah ye...
Semoga roh ayah aku tenang di sana
amin~~ 


| Newer